Pages

The Truth: Kemalangan Bidor (20 Mac 2011)

Aku baru jer pulang daripada tengok grandaunt aku accident di Bidor pada 20 Mac 2011 harituh... kalau korang tengok berita, mesti korang tahukan... grandaunt aku ada dalam bas masa kejadian... hari nie aku nak bawa korang minit by minit kemalangan tuh berlaku... sebab sebelum nie... kita tengok ja orang kena... tapi skarang... ada rahsia disebalik kejadian yang berita x rungkai...



Berita tersebar mengenai kemalangan nie pada 20 Mac 2011 lepas beberapa jam kemalangan berlaku... kalau korang nak baca pasal cerita... googling jer "Kemalangan Bas Bidor 20 Mac"....

Lagi gambar mengerikan: Ondscene.my

Mengikut laporan berita, kejadian berlaku jam 5.00 pagi... memecah kesunyian pagi subuh.... apa bila orang ramai menjerit-jerit.... meminta bantuan... kemalangan nie berlaku sebanyak dua kali.... dimana kali pertama... bas persiaran yang nak pi rombongan ke Nilai langgar lori yang berhenti kat tepi mengakibatkan bas tuh dalam keadaan melintang sedikit diatas jalan.... lepas beberapa minit kejadian, penumpang turun... grandaunt aku blum sempat turun... masih lagi dok cari-cari barang dalam bas... dan ada lagi beberapa orang... dalam menurunkan penumpang... sebuah lori kontena membantai bas tuh dari belakang.... bas tu terlonjak dan orang didalam dan yang ada kat tangga terpelanting... (gambar bas terconget ada kat Ondscene.my)... salah seorang penumpang maut sebab terpelanting masuk parit....


Skarang nie... aku dah tau cerita sebenar... nak tau x sebelum kejadian tuh... bas nie pi mana?


Sequence:

19 Mac 2011

8 pagi: Adik Nah, pengelola rombongan membawa sekumpulan orang untuk bermandi-manda di sebuah tempat mandi (sungai macam tuh la...)... Adik Nah memang femes bab2 nak bawak orang pi rombongan... sebab aku pun pernah ikot... hehehe...

7 malam: Rombongan tadi sepatutnya tiba di penang pada jam 6 petang tapi terlajak balik malam....

9 malam : Adik Nah menalifon semua orang yang pergi rombongan ke Nilai untuk siap pada pukul 10.30 malam... sepatutnya bas bertolak jam 12 malam.... dari tanjung tokong ke Nilai... sebab kenapa diawalkan... x tahu sampai ke hari nie...

Bas untuk rombongan kedua sama dengan rombongan pertama yang nak pergi mandi manda tuh... driver pun driver yang sama...






10.30 malam: Semua penumpang bersiap untuk pergi ke Nilai...

Dalam 3 hingga 4 pg : Driver berhenti di kawasan rehat berdekatan bidor... menurut penumpang... driver x pernah berhenti minum sat... tapi hari tuh dia berhenti sat untuk minum... dari sini kita tau... driver mengantuk sebab dari 8 pg dia drive sampai dah berjam2... sapa x mengantuk...

4.30 pg : Adik Nah tau driver mengantuk, jadi dia pun teman driver untuk bersembang... tapi malang adik nah terlelap... driver membantai sebuah lori bahan mentah yang rosak ditepi jalan.... kebanyakkan penumpang tertidur... bila dah langgar... muka depa semua terhempap ke seat depan la... banyak muka lebam2...

Salah seorang pengelola bas berkata:

"Ok semua orang ok ka? Jom turun... bas dalam keadaan merbahaya... turun2..."

4.40 pg : Orang ramai turun... Sahad@Sharif Mad Din, 74 tahun... salah seorang yang dah selamat turun tunggu ditepi jalan... grandaunt aku, Fatimah B. masih lagi dalam bas untuk turun...

4.50 pg : Driver meminta tolong Sahad untuk membantu dia mengankat barang terjatuh didepan bas... dia pun pi tolong... dalam masa yang sama... Fatimah tengah nak turun....

Dalam bas... salah seorang penumpang bagi tau kat orang dalam bas...

"Ni kita betui2 kat jalan... katala kalau ada motorcar mai bantai... habih kita..."

Sebuah lori kontena pandu laju merempuh bahagian belakang bas tadi... Sahad terpelanting masuk dalam longkang... Fatimah dalam bas... terpelanting selang beberapa kerusi dalam bas...

Sahad meninggal dunia ditempat kejadian, Fatimah retak tulang kaki, Adik Nah dan seorang budak perempuan ada kat pintu bas... terpelanting keluar... Adik Nah patah kedua-dua belah kaki, mana kala budak perempuan tadi terpelanting dan digilis tayar bas... kaki dia terpaksa dipotong...

Macam tuh lah kejadian sebenar (walaupun time sequence x brapa betul) mengikut apa yang dicerita penumpang....

1 comments:

Fatin Alida said...

cik danny utk pengetahuan anda ada 2 lagi mangsa terpelanting kat bawah yg mula2 dah cedera parah bila bas melanggar treller di depan bas.....dan 1 org mangsa dah pun meninggal dunia selepas 1 bulan di hospital LWEH...carilah maklumat yg betul...

Post a Comment